Cari Blog Ini

Isnin, 20 Mei 2013


Cupcake coklat

Sedap coklat cupcake ni dan senang nak dibancuh adunannya . Saya dapat resepi cupcake ni dari website food.com
BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan mentega cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu full cream milk-kotak
1 sudu besar jus lemon
cokolat chips secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat , garam dan serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur k dalam adunan dan dipukul sebati  .Masukkan esen vanila , susu , minyak , jus lemon dan gaul semua adunan hingga sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan ditabur cokolat chips kemudian dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Selasa, 30 April 2013

cita-cita setinggi langit, sejauh bintang, sedalam lautan


  • Bismillahhirrohmanirrohim 
  •  Aku sedar bahawa cita-cita aku adalah setinggi langit , sedalam lautan, sejauh bintang, Tapi aku percaya yang usaha yang kuat akan dapat aku capai segalanya. usaha itu ibarat bulan yang menerangi di malam hari ,matahari bersinar di siang hari. Aku tahu bahawa bulan terang akan indah . dan matahari terang akan bercahaya terang. seperti usaha yang takkan berhenti .. usaha yang bersungguh-sungguh itu adalah tangga yang akan membawa aku mencapai cita-cita yang setinggi langit , sejauh bintang , sedalam lautan.
  •  Doa. Doa adalah penguat segala-galanya untuk aku. kerana segalanya terletak pada ketentuan-Nya. Tanpa doa runtuhlah tangga itu. hancur segalanya.Ibu ayah.. merekalah penguat semanagatku.. tanpa mereka.. aku hanya tanah yang tak ada apa-apa.. yang tak bernilai.. bila ditiup angin akan aku pergi tanpa arah .. terbang beribu langkah.. 
  •  Ya Allah aku sedar yang aku hanya manusia biasa.. Engkau pimpinlah aku ke jalan yang benar.. bukan jalan orang-orang yang telah engkau tutup hati mereka dari melihat kebenaran. Sesungguhnya egkaulah maha pemurah lagi maha mengasihani,,   

Sabtu, 23 Mac 2013

cuti kembali bersama kerinduan

Assalamualikum, Selamat bercuti semua.. jaga diri baik-baik eh. cuti sekolah seminggu.. membahagiakan bagi pelajar sekolah.. dan memenatkan pekerja yang bekerja di restoren.. haha..ramai datang makan kat restoren waktu cuti bersama keluarga.. ^_^ piece.. ok.. Tatkala cuti masing akan teringat sanak saudara pulang ke kampung halaman, berkumpul di rumah.. bersama bergembira meninkmati indahnya suasana kampung. Sedih jika tak balik kampung. Suasana kampung di waktu pagi yang natural udara bersih.. angin pagi yang sejuk.riuh ayam berkokok.. basah rumput kerana embun,, riuh bunyi periuk berlaga di dapur.. mendengar riuh ketawa ibu-ibu berbual.. miss tu semua .. Ingatlah. dalam perjalanan pulang jaga diri sewaktu memandu .. kalu lampu isyarat merah jangan sangka hijau.. Kerinduan terpahat di hati masing-masing.. that why make us so sadness..

Isnin, 7 Januari 2013

Assalamualikum.... hai smua.. macam ane skolah.. k,tak... hari pertama saya sekolah ok... tapi ada perasaan malu.. sebab cikgu soal saya tak dapat jawab#muka terkeluarlidah...**** perasaan sangat stress... sebab budak PMR cam saya nie bnyak kerja rumah argg.. bnyk fail,buku.kertas,bla,bla,bla...hahaha,,,

Jumaat, 4 Januari 2013

2013.. Happy new year every body... Adakah anda sedia untuk menghadapi saat-saat tahun baru... of course lah dahkan ... NEW YEAR NEW HOPE NEW SPIRIT Tentang tahun baru ni.. agaknya apa azam thum baru korang yeyy.... tak pe... walau apa pon .. sempena tahun baru nie.. harap kita dapat menjadi yang terbaik dari tahun lepas... Bagi yang masih bersekolah macam saya nie.. #muka slamber# KIta perlu bersemangat untuk ke sekolah.. untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.. bgi yang ada niat untuk bercouple kt sekolah tu lupakan .. hasrat tuh.... hanya boleh trcapai apabila u all dah berkahwin.. getting married .. happy day ever... haha.. Bukan apa.. kalau u all couple kat sekolah mestilah fikiran ke laut masa waktu belajar.. ini boleh menyebabkan u all hilang fokus dalam pelajaran.. dan bila nak buat revision balik mesti 1,2 perkara yang u all tak paham... take a note okay... Azam saya tahun nie saya nak belajar bersungguh-sungguh... dan mendapat kepytysan yang cermerlang dalam PMR... Last generation PMR tahun nie.. budak yang lahir pada tahun 1998.. lollll.. hahaha .. sebab kita orang kena buat bersungguh.. sampai dapat pecahkan rekod sekolah PMR yang terdahulu.... haa.. GOOd LUck FOR kte OWANG eh.... hahaha... OHHHH MY PMR =)

Sabtu, 8 Disember 2012

Assalamualikum semua.. tak ramai follower kan kat blog saya... hurmm tak mengapa lah kan..

Selasa, 27 November 2012

Kalau Allah rindu pada hambaNya, Allah akan uji kita. Firman Allah : "....Timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya".