Cari Blog Ini

Selasa, 30 April 2013

cita-cita setinggi langit, sejauh bintang, sedalam lautan


  • Bismillahhirrohmanirrohim 
  •  Aku sedar bahawa cita-cita aku adalah setinggi langit , sedalam lautan, sejauh bintang, Tapi aku percaya yang usaha yang kuat akan dapat aku capai segalanya. usaha itu ibarat bulan yang menerangi di malam hari ,matahari bersinar di siang hari. Aku tahu bahawa bulan terang akan indah . dan matahari terang akan bercahaya terang. seperti usaha yang takkan berhenti .. usaha yang bersungguh-sungguh itu adalah tangga yang akan membawa aku mencapai cita-cita yang setinggi langit , sejauh bintang , sedalam lautan.
  •  Doa. Doa adalah penguat segala-galanya untuk aku. kerana segalanya terletak pada ketentuan-Nya. Tanpa doa runtuhlah tangga itu. hancur segalanya.Ibu ayah.. merekalah penguat semanagatku.. tanpa mereka.. aku hanya tanah yang tak ada apa-apa.. yang tak bernilai.. bila ditiup angin akan aku pergi tanpa arah .. terbang beribu langkah.. 
  •  Ya Allah aku sedar yang aku hanya manusia biasa.. Engkau pimpinlah aku ke jalan yang benar.. bukan jalan orang-orang yang telah engkau tutup hati mereka dari melihat kebenaran. Sesungguhnya egkaulah maha pemurah lagi maha mengasihani,,